+sahabat+

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta



Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

yeay!! Nuyu menang contest :)

Hari ni Nuyu gembira sebab menang contest.
Banyak2 contest Nuyu masuk baru hari ni Nuyu menang.
Sebab Nuyu peserta tunggal kot?
Haha.
Anyway,Thanks pada Khalis
khalis
 Rasa macam sihat serta merta.
Haha.
Nuyu suka baca blog khalis sebab banyak gambar dan cerita yang menarik.
Korang kalau nak beliau review blog korang,
terjah SINI
Sekali lagi,terima kasih!!!
bunga untuk Khalis :)




thanks doakan Nuyu :)

Hari ini Nuyu rasa sihat sikit.
Dah tak ada rasa pening-pening.
Cuma batuk tak sembuh lagi.
Suara pun masih garau.
Thanks kepada En.Honey dan kawan-kawan yang 
mendoakan Nuyu.
Sayang korang semua.
MMuahhhh!


Terima kasih daun keladi :)


love u too En.Honey :)

Precious Moments Giveaway

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua.
Pagi yang indah dan sejuk ni Nuyu nak mulakan dengan join contest 
dari Mummy to be-kak jannah.
Beliau menghantar jemputan kepada Nuyu 
untuk menyertai contest ini.
Ini bannernya :

Now nak tagged kawan.Mangsanya ialah :
hehe
Kalau kamu semua mahu join jugak klik

DONE!!!

batuk+selsema

Assalamualaikum
Nuyu tak berapa sihat sekarang.
Nuyu diserang batuk dan selsema sampai suara jadi garau.
 Hidung Nuyu pulak asyik sengal jer..
Kepala pulak ting tong haha
Harapnya cepatlah Nuyu sembuh.
Tak selesa nak kerja bila keadaan macam ini kan?
Kamu semua doakan Nuyu cepat sembuh ye.
Thanks :)

tak ada ke yang nak hadiahkan Nuyu bunga? :)
 Psstttt~ Adakah Nuyu tak sihat kerana rindukan En.Honey? Jeng Jeng Jeng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...