+sahabat+

Apa Itu Vitamin C

Assalamualaikum.

Hai all. hari ni i nak berkongsi tentang vitamin c. Ada orang cadangkan i mengamalkan pengambilan vitamin c ini untuk kecantikan kulit. Di pasaran sekarang terdapat banyak produk yang menawarkan vitamin C ini. So, kalau u all nak mengambil vitamin C ini, i cadangkan u all jumpa doktor dan minta nasihat daripada mereka. ok ini hasil pencarian dari en. google :)


 buah oren memang mengandungi vitamin c yang banyak



 VITAMIN C adalah vitamin yang paling dikenali dan paling banyak didokumentasikan dalam bidang sains pemakanan. Kepentingannya telah direkodkan dalam lebih daripada 3000 kajian yang dijalankan secara berasingan.

APA VITAMIN C BOLEH LAKUKAN UNTUK ANDA?
  • Kulit dan Kulit Muka - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepasa pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.
  • Antioksidan - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.
  • Tindakan Kardiovaskular - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah.
VITAMIN C BERFAEDAH UNTUK :
  • Memperbaiki kesihatan kulit muka.
  • Ekzema, dermatitis, masalah kulit.
  • Batuk, demam selsema, jangkitan.
  • Warga tua.
  • Mereka yang mengambil antibiotik dan menjalani perubatan.
  • Wanita yang mengambil pil perancang.
  • Perokok dan mereka yang mengambil alkohol.
  • Pesakit kencing manis.










so untuk kecantikan amalkanlah mengambil vitamin c :)             

2 ulasan:

  1. i dh mam smula vit c ni..dh lm gile tggl..so mau mulakn smula supaya kulit muka i sentiasa gebu gebuan haha

    BalasPadam

kata kata anda mengembirakan saya kerana saya tau ada orang baca entry ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...