Hai All.
“Eh kembarlah!”
“Awak berdua ni kembar ke? Siapa adik,siapa kakak?”
“Eh, sama jer muka,kembar eh?”
Dah besar pun masih pakai baju sama :) |
Ha,situasi kat atas nie selalu terjadi kepada Nuyu dan adik Nuyu, si Yaya. Ramai yang tanya soalan-soalan macam itu dekat kami atau pun dekat parents kami.
Mungkin keadaan fizikal Nuyu dengan Yaya hampir sama membuatkan orang ramai salah sangka. Lagipun kami banyak perbezaan lah! Ok. Jom Nuyu cerita dekat korang.
Sebenarnya, Nuyu dengan Yaya sama umur! Mesti korang pelik kan? Kitorang dilahirkan pada tahun yang sama, tarikh lahir sahaja yang berbeza. Beza umur kami hanyalah 11 bulan 15 hari. Pelik? Tak lah! Nuyu lahir pada bulan 1 manakala Yaya lahir pada bulan 12. Ye ye Nuyu tau..mesti korang kata Ibu dengan Pa Nuyu aktif kan. HAHA. Bukan aktif tapi SUBUR. J lagipun ibu kata Nuyu sepatutnya lahir bulan 12,tp lambat kluar,hehe
Tudung pun kadang-kadang saja beli sama corak :) |
Masa kecik-kecik dulu Ibu selalu pakaikan kami baju yang sama. Tp kami masuk alam persekolahan tak sama tau. Nuyu masuk darjah dua, Yaya baru masuk darjah satu. ( sian dekat Yaya sebab jadi budak paling tua dalam class dia. HAHA ). Nuyu dah masuk tingkatan 1 Yaya baru terkial-kial nak ambik UPSR. Seronok-seronok. Hehe
Yaya ajar Nuyu pakai tudung macam ni :) |
Sekarang ini pun kami masih di’cop’ sebagai kembar. Kemana mana pun kami pergi mesti bersama-sama. Tapi Nuyu sedikit bangga sebab ramai kata Nuyu adik, Yaya kakak. HAHA. Sekarang semua orang sibuk nak tengok siapa antara kami yang akan naik pelamin dulu. Nuyu ingat nak buat jer sekali,senang tp Yaya pulak taknak (dia takut hadiah dia dapat dekat Nuyu) tengok lah macam mana nanti. Hehe.
Ok. Dah. Sambung kerja.
Psttt : Agak-agak Nuyu ke Yaya naik pelamin dulu? :)
hei nuyu n yaya haha..hang kne tukr dh dr nuyu ke yuy bru jadi yuyu n yaya kah2..
BalasPadam**tang naik pelamin 2..den raso hang naik dl..npk dh gatai sgt 2 bahahaha
hahahha hang mmg jahat! hahaha
BalasPadam