+sahabat+

Tentang Minyak Kelapa Dara

Assalamualaikum.







Hai semua. Hari ini aku nak berkongsi tentang minyak kelapa dara. Minyak ini byk kegunaannya dan minyak yang palikg berkualiti di dunia. artikal ini aku copy dari http://muslimahshop.com.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=5&Itemid=57. Jom kita tingkatkan pengetahuan kita!


Ni minyak kelapa dara yang dah di proses dan sedia untuk dijual. Kalau beminat boleh hubungi aku. Sebotol hanya RM20.00 sahaja. Murah kan? :)



Pohon kelapa telah dijadikan Tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran.

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.

Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:


1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan

2. meningkat kadar metabolisma badan

3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi

4. anti oxida semulajadi

5. meningkat fungsi kelenjar tairoid

6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari

7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah

8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan

9. berupaya menurunkan berat badan

10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia

11. membekal sumber tenaga dengan cepat

12. melembab dan melembutkan kulit

13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit

14. mengurangkan kesan keracunan makanan

15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan

16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat

17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung

18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi

19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis

20. mengurangkan risiko dan kesan demam

21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa

22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering

23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung

24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air


ok. Happy reading. kalau berminat msg aku eh :)

Bila TIMING BELT putus

Assalamualaikum



Nampaknya aku diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga. Selepas duit kene telan Atm,kini keretaku pulak buat hal. Kuat betul Allah uji aku. Sekarang timing belt pulak putus. Dah lah kos membaiki agak tinggi, duit pulak tak ada. selepas men GOGGLE baru aku tahu apa itu TIMING BELT. Rupa-rupanya benda alah ni kena selalu di periksa, kalau tak alamatnya jadi macam aku lah. Kat bawah ni ada aku copy artikel dari en.google.





Putusnya timing belt secara tiba-tiba memiliki efek samping atau akibat yang sangat buruk buat anda dan kereta yang dimiliki. Jika keadaan itu berlaku apabila kereta sedang dalam perjalanan, sudah pasti kereta akan mogok dan tak akan boleh kita gunakan untuk meneruskan perjalanan.

Hal ini disebabkan kerana timing belt inilah yang berperanan besar menentukan kerja mesin dengan memainkan camshaft yang mengatur kapan saatnya katup membuka dan menutup selaras dengan naik turunnya piston. Jadi jika timing belt putus, maka kemungkinan besar akan menyebabkan kerosakan pada klep atau injap (bengkok atau patah) akibat tertabrak piston. Perbaikannya mesin harus di-overhaul.


Putusnya timing belt boleh membuat mesin harus di-overhaul, kerana akibat dari kerosakan pada klep mesin. Sebenarnya kejadian putusnya timing belt secara mendadak itu boleh dielakkan atau dicegah, kerana rawatan bahagian tersebut terbilang sangat sederhana. Perlu diketahui sebelumnya, sebahagian besar kerosakan timing belt itu dipengaruhi oleh faktor usia. Sisanya, disebabkan terjadinya kesalahan saat pemasangan. Pemasangan yang terlalu keras atau kendor akan mempengaruhi daya tahan timing belt saat menjalankan tugasnya.\


Pertama, perhatikan masa pakai timing belt dan sentiasa secara berkala sesuai yang disyorkan pengilang. Untuk kereta-kereta dengan bahan bakar petrol, penggantian boleh dilakukan setiap 40.000 hingga 60.000 km. Sementara untuk diesel, biasanya boleh dilakukan setiap 100,000 km. Bila kereta sering mengalami kesesakan lalu lintas dan membawa beban berat, sebaiknya waktu penggantian dilakukan lebih cepat dari nombor-nombor km yang disebutkan di atas.

Penggantian rutin timing belt pada bengkel rasmi akan lebih baik. Kelebihan lain bila melakukan penggantian timing belt di bengkel rasmi adalah kerana pemasangan timing belt harus sesuai standard jadi tidak boleh sembarangan.



Kedua, perhatian khusus terhadap timing belt juga dapat kita lakukan dengan menyemak ada tidaknya kebocoran oli mesin pada seal oli yang terdapat di crankshaft atau camshatf. Sebab, bila oli bocor dan mengenai timing belt, maka akan mempercepatkan getasnya komponen ini sehingga mudah putus lebih cepat.

P/S : Ok sayang. Lepas ni aku jaga kamu baik-baik.jangan buat hal lagi k?

Bila ATM telan duit.

Asslamualaikum.

Hai all.

How’s a day? Hari ini aku x berapa ok sikit. Sbb apa? Sbb ATM dh telan duit gaji aku. Mesti korang tertanya-tanya banyak mana mesin tu telan duit aku kan? Agak banyak lah jugak. Blh la lepas nk beli blackberry sebijik.

Ok. Kisahnya bermula macam ni. Semalam dengan penuh bergayanya aku berjalan ke bank yang berdekatan ngan ofis aku. Pakai meps je. Sebab bank tu xde kat sini. Dan dengan penuh cantiknya aku pergi ke ATM tu..tekan2 cek baki dan fikir2 berapa nk withdraw. Tup2 rejected. Aku pun dengan bengangnya ambik kad bank and pergi ke bank lain pulak. Aku nk withdraw lagi sekal,i ATM tu kata “baki anda tidak mengcukupi” WTH baki x cukup padahal aku tak buat keluar pun duit tu td. Aku cek2 balance tengok tak samapai seratus duit kat dalam tu.

O.M.G...WTH jadi macam nie. Tiba2 aku teringat dekat kak ain, dia pernah kena macam nie,dengan pantasnya aku call dia and dia nasihatkan aku kena buat report dekat bank yang dah telan duit aku td tu (kalau kau lapar sekali pun,telan la duit org lain) huh, kelam kabut hidup aku! Then aku pun pergilah buat report semua tu. Yang paling bengang ingat kan blh settle hari ni,tp x dapat jugak. Tak pasal2 aku kena pergi Kuantan esok.

Bila dah jadi macam nie baru lah aku faham macam mana perasaan kak Ain. Selama ni aku duk gelakkan dia je. Sekarang kena kat aku. Padan muka aku. Aku harap benda ni cepat settle. And the most important thing is simpanan adalah satu benda yang boleh menyelamatkan keadaan. Ok. Lepas ni aku tak kan gelakkan orang lagi dah. Terutamanya dekat Kak ain.

Ok. Dah. Sambung kerja. Bye.

p/s : kalau aku tukar bank lain ok x? Senang sikit kalau jadi apa2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...