+sahabat+

Bila TIMING BELT putus

Assalamualaikum



Nampaknya aku diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga. Selepas duit kene telan Atm,kini keretaku pulak buat hal. Kuat betul Allah uji aku. Sekarang timing belt pulak putus. Dah lah kos membaiki agak tinggi, duit pulak tak ada. selepas men GOGGLE baru aku tahu apa itu TIMING BELT. Rupa-rupanya benda alah ni kena selalu di periksa, kalau tak alamatnya jadi macam aku lah. Kat bawah ni ada aku copy artikel dari en.google.





Putusnya timing belt secara tiba-tiba memiliki efek samping atau akibat yang sangat buruk buat anda dan kereta yang dimiliki. Jika keadaan itu berlaku apabila kereta sedang dalam perjalanan, sudah pasti kereta akan mogok dan tak akan boleh kita gunakan untuk meneruskan perjalanan.

Hal ini disebabkan kerana timing belt inilah yang berperanan besar menentukan kerja mesin dengan memainkan camshaft yang mengatur kapan saatnya katup membuka dan menutup selaras dengan naik turunnya piston. Jadi jika timing belt putus, maka kemungkinan besar akan menyebabkan kerosakan pada klep atau injap (bengkok atau patah) akibat tertabrak piston. Perbaikannya mesin harus di-overhaul.


Putusnya timing belt boleh membuat mesin harus di-overhaul, kerana akibat dari kerosakan pada klep mesin. Sebenarnya kejadian putusnya timing belt secara mendadak itu boleh dielakkan atau dicegah, kerana rawatan bahagian tersebut terbilang sangat sederhana. Perlu diketahui sebelumnya, sebahagian besar kerosakan timing belt itu dipengaruhi oleh faktor usia. Sisanya, disebabkan terjadinya kesalahan saat pemasangan. Pemasangan yang terlalu keras atau kendor akan mempengaruhi daya tahan timing belt saat menjalankan tugasnya.\


Pertama, perhatikan masa pakai timing belt dan sentiasa secara berkala sesuai yang disyorkan pengilang. Untuk kereta-kereta dengan bahan bakar petrol, penggantian boleh dilakukan setiap 40.000 hingga 60.000 km. Sementara untuk diesel, biasanya boleh dilakukan setiap 100,000 km. Bila kereta sering mengalami kesesakan lalu lintas dan membawa beban berat, sebaiknya waktu penggantian dilakukan lebih cepat dari nombor-nombor km yang disebutkan di atas.

Penggantian rutin timing belt pada bengkel rasmi akan lebih baik. Kelebihan lain bila melakukan penggantian timing belt di bengkel rasmi adalah kerana pemasangan timing belt harus sesuai standard jadi tidak boleh sembarangan.



Kedua, perhatian khusus terhadap timing belt juga dapat kita lakukan dengan menyemak ada tidaknya kebocoran oli mesin pada seal oli yang terdapat di crankshaft atau camshatf. Sebab, bila oli bocor dan mengenai timing belt, maka akan mempercepatkan getasnya komponen ini sehingga mudah putus lebih cepat.

P/S : Ok sayang. Lepas ni aku jaga kamu baik-baik.jangan buat hal lagi k?

3 ulasan:

  1. sori dear.k.da xley nk ejas blog ni.psl tenet berat gile..!!maxis oh maxis..nk tendah ase..wuwuwuwuwu

    lpsni kne salu check ape yg perlu ek..xmo kete rosk lg

    BalasPadam
  2. its ok sayang...
    haha hari tu kate ke celcom,ni maxis lop wt hal...sian ke k.da hehe

    haah...lps ni nk jg baik2...sian dekat sygku itu..huhu
    thanks my dear..
    muahhhhhhhhhhhhhhh!

    BalasPadam

kata kata anda mengembirakan saya kerana saya tau ada orang baca entry ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...