+sahabat+

TEKUN bantu usahawan

 1,288 usahawan di Jasin nikmati pinjaman RM13,428,900

MERLIMAU: Seramai 5,118 usahawan di Melaka menerima pinjaman dan bantuan modal dari TEKUN Nasional berjumlah RM54,578,700 sejak 1998 hingga awal tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 1,288 usahawan di kawasan Parlimen Jasin termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dibantu dengan peruntukan sebanyak RM13,428,900. “Mereka ini adalah usahawan kecil yang membabitkan diri dalam pelbagai jenis perniagaan meliputi katering, jualan makanan dan minuman serta pertanian. “Sehingga kini, keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan TEKUN Nasional kepada usahawan ini adalah sebanyak RM1.6 bilion sejak penubuhannya pada 1998.
Alhamdulillah dana permulaan pemberian kerajaan dulu, berjaya dikembangkan sehingga kita boleh menjana pemberian pinjaman sebanyak itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Keusahawanan ‘TEKUN Nasional: Maklumat Keusahawanan, Peluang Perniagaan dan Pinjaman Modal’ di Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan cek pinjaman TEKUN Nasional bernilai RM1,474,900 kepada 123 usahawan selain pemberian Anugerah Usahawan Tekun Cemerlang, sijil lantikan ahli jawatankuasa pengasas dan penaja Kelab Komuniti Usahawan Tekun kepada 12 usahawan.
Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, Roslan Ahmad dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan.

Seorang penerima, Adnan Osman, 43, berkata beliau gembira apabila permohonannya untuk membuat pinjaman modal kali kedua iaitu sebanyak RM40,000 diluluskan dalam tempoh kurang dua minggu.

Katanya, sebelum ini beliau ada membuat pinjaman sebanyak RM5,000 pada 1996 untuk permulaan perniagaan kedai makan dan juga katering yang diusahakan di Merlimau.

“Kali ini saya gembira apabila permohonan saya diterima oleh TEKUN Nasional, walaupun jumlah sebenar yang saya pohon adalah RM50,000. Dengan jumlah yang diberikan ini, saya akan jadikan ia sebagai modal pusingan terutama untuk menambah peralatan katering saya,” katanya.

Beliau berharap dengan peranan yang dimainkan oleh TEKUN Nasional dalam memberikan pinjaman modal kepada semua usahawan kecil, ia dapat membantu usahawan Melayu untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.

Seorang lagi penerima anugerah cemerlang, Alinah Mohd Karim, 44, berkata berkat bantuan pinjaman modal yang diluluskan TEKUN Nasional sebanyak RM3,000 kepadanya ada 2007, membolehkan beliau menjana pendapatan kira-kira RM10,000 sebulan.

“Saya kini mempunyai perusahaan yang dikenali sebagai Cili Boh Asli Alinah Karim yang diusahakan di rumah termasuk mempunyai Pasar Segar Alinah Karim di Krubong yang menjual pelbagai barangan keperluan harian.

“Selepas menerima pinjaman pertama, saya membuat pinjaman kali kedua pada 2009 sebanyak RM30,000 dan alhamdulillah kini saya mampu memperoleh jualan sebanyak RM120,000 sebulan,” katanya.

Alinah berterima kasih kepada TEKUN Nasional kawasan DUN Bukit Katil yang banyak membantu dan berhasrat untuk memperkembangkan perniagaannya di kawasan DUN Merlimau selepas ini.


3 ulasan:

  1. khalis tak pernah la pulak pinjam ngan tekun nie..yg pernah dengan mara je..

    BalasPadam
  2. sama jer tekun dengan mara...klau ade musykil blh tnye..sbb saya staf tekun :)

    BalasPadam
  3. x adil btul.. sy adalah pnerima loan tekun d merlimau 28/2 aritu.. x puashati ngan jmlah pnjaman kali kdua yg sy dpt.. pnjam rm50 ribu dpt rm30ribu.. sdangkan loan ptama sy rm10ribu tlah slesai dlm tmpoh 1 tahun 8 bulan sj.. loan yg sy dpt ni sy akan buat2 x tau jek bila suke2 nak byr .. benci aku ngan tekun

    BalasPadam

kata kata anda mengembirakan saya kerana saya tau ada orang baca entry ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...