+sahabat+

adoi..adoi

Korang pernah kena macam ni?
gambar dari en.google 
Adoi..sakit woo..
Sekarang Nuyu tengah menderita ni,
sakit sangat mulut ni,
nak bercakap pun xde mood..huhu.
Nak tau sebab apa jadi macam ni?
Tompokan putih itu ialah sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Tompokan itu dinamakan ulser mulut. Selain bahagian pipi, lidah juga mudah mendapat ulser. Rasa sakitnya menyebabkan anda hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Malahan sukar untuk bertutur. 

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya. 

Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor. Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan. 

Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tadi. Awas! cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi. 

Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut: 
a.
Banyak minum air suam. ( Nuyu minum air banyak pun kenapa jadi jugak ye? )
b.
Berehat dan tidur dengan cukup.
c.
Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
d.
Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c. 


Pstt~Tengah tak de mood nak bercakap ni. huhu

13 ulasan:

  1. Sy br je kena lastweek. Kalau termkn pedas Ya Allah pedihnye...

    BalasPadam
  2. hee sy pn mcm nuyu jgk... minum air banyak tp kene jugak...penah sampai tahap geram saya letak garam so bygkn la cm na azabnya.. nuyu try la... cepat baik 2... :)

    BalasPadam
  3. ciannya... aiza jarang kena... masa jaga taska dulu.... kids aiza selalu kena.. cian sgt2... pedih kan... semoga cepat sembuh yer...

    BalasPadam
  4. kasut pink~redah je ni makan apa2 pun haha
    ticer~waaa sakit tu..huhu..takut

    BalasPadam
  5. aiza~selalu kena ni sampai x rasa apa2 dh huhu

    BalasPadam
  6. mnum air masak 4botol pn tetp xley jln kn?sian ke nuyu..huhuhu

    BalasPadam
  7. itu tandanya kurang kan bercakap dan banyakkan berblog..hehe

    BalasPadam
  8. queen~u tau kan i suka minum air
    khalis~hehe nk cari bahan untuk blog juga ni hehe

    BalasPadam
  9. eeuww~ mesti mls gosk gigi ni.. hahaha

    BalasPadam
  10. Sakit dan pedih bila mulut kene gini..

    BalasPadam
  11. nk cepat bek, try kumur n listerin. kompem esoknye dh bole mkn sambal sutun, =)

    BalasPadam
  12. roy~hahahha jahat!
    releven~tgh menderita ni.huhu
    Leya~Nuyu bedal je mkn yg pedas kalau kena ulser ni.huhu

    BalasPadam
  13. selalu kena, gosok gigi ganas sangat ;(

    BalasPadam

kata kata anda mengembirakan saya kerana saya tau ada orang baca entry ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...