+sahabat+

ilmu...



"Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang  inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin  kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu."

Hadis Rasulullah SAW yang perlu dijadikan dorongan dalam mempertingkatkan ilmu  dalam diri. Sejauh mana kepentingan ilmu itu dalam membentuk keperibadian  muslim sejati? Tanpa ilmu kita diibaratkan seperti kapal tanpa  nakhoda, fizikal dan emosi akan bertindak mengikut ketidaklogikan akal,  segala tindak- tanduk yang dilakukan juga tidak berasaskan ilmu.  Ironinya, segala kerja yang dilakukan hanya mementingkan tuntutan  duniawi tetapi tidak ukhrawi.

[B]Saidina Ali bin Abi Talib RA berkata, "Ilmu lebih baik dari harta, harta jika dibelanjakan akan berkurang,  tetapi ilmu jika disebarkan akan bertambah."[/B]

Hanya dengan ilmu, sifat takbur, ego, riak dan mementingkan diri dapat  dileraikan. Hanya dengan ilmu, kasih sayang sesama mukmin akan bertaut,  ukhwah terjalin, silaturrahim  bercambah. Hanya dengan ilmu, kekuatan  jihad dapat diperkukuhkan. Hanya dengan ilmu, ketidakstabilan kerohanian  tidak akan berlaku. Hanya dengan ilmu, kasih sayang semata-mata kerana  Allah akan menjadi seluas-luasnya. Hanya dengan ilmu, keikhlasan akan  bertapak dalam jiwa. Hanya dengan ilmu juga, perpecahan dan perbalahan  sesama muslim tidak akan berlaku.

Ketahuilah sesungguhnya, ilmu itu akan menjadi benteng dan pendinding  diri dalam peperangan menentang syaitan dan nafsu. Ilmu itu juga akan  dapat meningkatkan darjat hamba-Nya pada pandangan-Nya. Namanya dimuliakan  sama ada oleh penduduk dunia dan paling istimewa sekali apabila namanya  sangat popular dalam kalangan penduduk langit.

[B]"Demikian tingginya darjat orang yang menuntut ilmu sehingga para  malaikat bersikap hormat terhadap orang yang menuntut ilmu. (Riwayat  Abu Daud)[/B]

Jadi, marilah kita sama-sama melapangkan masa untuk menuntut ilmu.  Semoga Allah memberi keberkatan kepada masa yang kita ada. Kesibukan itu  adalah ujian dari Allah. Semoga kita sentiasa berada dalam naungan  rahmat-Nya yang Maha Luas. Gunakan semaksimum masa yang ada untuk sesuatu  yang mendatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.

[B]"Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui."[/B][B] Surah Az-Zumar, ayat 9.[/B]

Taddabur ayat di atas dan semoga kita mengambil pengajaran bahawa  pentingnya ilmu Allah itu dalam diri seseorang hamba dalam kehidupan era  milenium yang sangat mencabar ini. Hanya dengan ilmu dapat membatasi  dan menjadi pendinding diri supaya tidak terus- menerus melakukan  kemaksiatan yang membawa kepada matinya hati. Semoga Allah terus  melindungi dan menaungi rahmat-Nya ke atas kita.

kredit to : i luv islam :)

5 ulasan:

  1. ye.. makin kita belajar makin kita sedar betapa bodohnya kita.. betapa banyak perkara yang kita tak tau...

    BalasPadam
  2. sebab tu la kita dituntut untuk menuntut ilmu :)

    BalasPadam
  3. Khalis skrang mampu cari ilmu yg ada kaitan je.. cari asas agama..asas ibubapa..asas penjagaan komputer itupun tak habis rasanya

    BalasPadam

kata kata anda mengembirakan saya kerana saya tau ada orang baca entry ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...