+sahabat+

Review novel : 7 lautan ku cari cinta

novelis : Nass Alina Noah

Tidak mungkin aku mencintai seseorang yang aku tidak pernah kenal. Tidak mungkin aku jatuh cinta hanya dalam satu malam. ~ Cici.

Bukan selalu rindu itu mendera sukma. Bukan selalu penantian itu menyeksa jiwa. Bukan jua selalu cinta itu meracun kalbu. Dan aku, bukanlah saudagar cinta yang meletakkan tanda harga pada kasih sayangku. ~ Armando.

Mereka terkandas di daerah yang tidak mereka duga. Terkandas dalam rindu yang tidak terluah sehingga benci menjadi sayang, sehingga dingin malam tiada lagi kesepian. Di tepi sungai nan damai, bintang-bintang menghiasi dada langit, bersaksikan rembulan biru dan pondok bisu, di situlah mereka teleh jatuh cinta.

Namun, adakah rasa cinta itu akan terluah jika ada yang menghalang? Adakah pengakuan cinta akan dilakukan andai dalam hati ada yang lain? Apakah pencarian cinta itu akan berhasil? Mampukah tujuh lautan menyatukan cinta mereka
 ____________________________________________________________________________________

Kalau la watak Cici betul betul wujud dalam dunia ni,rasanya mau huru hara.Novel ini sesuai untuk mereka yang inginkan sntapan ringan.Tidak sarat dengan elemen air mata seperti kebanyakan novel yang ada di pasaran. Watak Armando pulak sangat mencuit hati dan boleh dijadikan sebagai lelaki idaman Malaya.Hahha.Watak Charlie juga tidak mustahil jika benar-benar wujud di dlam dunia hari ini.Charlie yang hidup dengan duit wanita,dan meninggalkan mereka bila tidak mampu memberi kemewahan kepadanya.So kalau korang memang kaki novel,boleh dapatkan novel ini di pasaran.Tak rugi kalau korang dapatkan novel ini!

4 ulasan:

kata kata anda mengembirakan saya kerana saya tau ada orang baca entry ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...